Monday 14 October 2013

sedangkan kamu memilih...............

DIA . DIA sedang menguji aku . menguji setiap langkah aku .. dan aku jatuh lagi . jatuh di lembah dosa . yang tahu di akhirnya adalah neraka . hari perhitungan semakin hampir . sedar dalam tidak . brapa ramai yang ready untuk itu ??? Allahu .. bangkit jatuh aku Kau dengan aku . aku tahu Kau xtengok hasil apa yang kau dapat . tapi usaha aku .. usaha to get ur iman , up my iman .. hurm . tapi now , i think my faith is down .. dan sampai bile aku nk tersungkur . bangkit lah ty . bangkit dari lena semalam .. Dia ada untuk kau meminta .. untuk Kau menangis . tapi Kau tetap carik manusia yang pada dasarnya Hamba sama macam kau ty .. yang hanya tahu menghukum ,, menilai mngikut bahasa sendiri .. 

aku xpernah rasakan tudung yang labuh nih boleh hapuskan dosa2 semalam aku ,, hapuskan segala kenangan silam .. kenangan tuh datang bile hati x ditarbiyyah .. kosong mybe dah hitam legam .. Allah tutupkan aib aku , sebb tuh aku dipandang mulia oleh kau manusia , tapi jika Dia bukankan aib aku , au sehina-hina manusia .. lagi hina ak pada DIA .. Allah .. sakitnya.. sakit mengenang dosa semalam ... sakit untuk bangun kembali .. hari ini niat , esok buat lagi , hari ini usaha , esok rebah lagi .. how long ??? move on .. move on dari lena semalam bukn sesenang makan koaci gigitt trus buang . lenyap di celah2 gigi .. nih hidup , hidup semalam yang akan di hitung di hari pembalasan ???? apa aku nak cakap dengan KAU ya Allah .. apa yang aku nak ceritakan ?? cerita kan segala dosa2 aku , dan pi mana segala pahala2?? or memang xda langsung pahala yg tertinggal ???? jawapan ada pd diri .. :'(

dah sekarang hari berlalu .. 9 zulhijjah .. hati jiwa rohani .. hurm . dengan niat yang sama .. aku tetap bernekad lagi ,, lillahitaala .. kerana Mu ya Allah .. aku tahu ... Kau pandang langkah aku ,, ya Rasulullah , aku xkuat ,, :'( xkuat untuk capai syafaat mu di hari pembalsan ,, adakah aku di antara umat yang Kau pandang .. Allahu .. hasbunAllah wani'mal wakeel . Allahumma aamen . 



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

faith up and down .

kita datang kita pergi , iman turun , iman naik , Allahu , sungguh .. diri ini xkuat .. xkuat nak hadapi hari2 tanpa tarbiyyah , tanpa bimbingn .. Allahu .. rapuh nya iman ini .. kerana kenangan semalam ke ?? sesungguhnya aku hidupdalam kenangn.. aku cuba bangkit dalam apa jua keadaan .. datang dengan niat kerana Mu , tapi Engkau ya Allah lebih mengatahui apa yang tidak aku tahu .. try to be best muslimah.. but aku tetap rapuh ,, maih tercungap2,, datang ujian , trus rebah , rebah di titian dosa,, keramat maksiat di bibir,, Allahu .. sampai kapan ya Allah ??? 
benci ! tapi tipulah xrindu , sumpah aku rindu dengan segala kenagan semalam ,, tapi sampai bile nk di takuk yang lama ,, sungguh . aku xkuat .. dan kau manusia di sekeliling aku , mohon terbiyyah diri ini , merangkak dalam kesakitan menhaan apa yang xmampu nk di gapai ,, sakit , sakit bile dosa lama dah jadi darah daging , hlovate say "susah nak berubah bile dosa dah jadi darah daging , nak kikis perangai yang dah tukar jadi habit, congtengan jalanan mencari MU" , mencari kebenaran . kebenaran yang dah depan mata tapi cuba dipejam mata . mana iman kau ty ?? rapuh serapuh biskut ping pong di celup dgn dlm milo panas .. mgkin lgi rapuh .. 
hipokrit ke aku ?? dosa semalam yang cuba di selindung dengan perubahan ???? perubahan yang dipandang serong orang sekelilling . diungkit untk kepuasan hati masing-masing.. hoi cik kakak ,, hidayah tuh dah lama ada , dah lama dalm hati tuhhh ,, sendiri yang cuba selindung , sendiri yang carik dosa even pahala depan mata .. pedihh oiiii .. tpi tuh la hakikat ,,, hidup untuk apa cik kakak ?? :'( Allah .. deep ,, tapi biar deep , law x rosak sampai tua ,, hurmm .. 
almost 6month in ipoh ,, whoaaaa !! mencabar duk sini .. perjalanan hidup yang panjang .. jauh lagi nk melangkah .. datang , pergi , jumpe , berpisah ! lumrah hidup , kitaran kehidupan , untuk di jadikan pengajaran , bukan untuk diikut di masa depan .. banyak watak main peranan , diri sendiri menilai , bukan nilai siapa lagi baik siapa lagi jahat . tapi nilai , iman , hati , kasih sayang rupa nya Allah yang pegang .. kau rancang tapi ingat lah . DIATAS sana sebaik-baik perancang .. remind 4 my self .. !!! dan memang untuk diri sendiri .. sakit kau yang tanggung . DOSA lagi lah kau yang tanggung .. tapiiii sampai bile nak tanggung DOSA , PAHALA xna pikul  ? T_T 
thanks classmate , thanks housemate ! love much3x ! ukhuwah terjalin , berjumpa dan berpisah lillahitaala .. dan awak SISTAR .. jatuh bangun ty , jatuh bangun akak .. in syaa Allah .. ty ada untuk akak .. ty sayang akk damn much !!! syukran ya Allah .! :') 



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Thursday 23 May 2013


ok . wordless wednesday ! dalam satu menyimpan 1000 kenangan . alhamdulillah 



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Wednesday 22 May 2013

randOm!


masa berlalu , pejam celik dah abis diploma almost 3years in politeknik seberang perai . masa untuk tanam anggur yang langsung xda hasil n tanam lemak banyak2. 
alhamdulillah . Allah permudahkan . banyak liku sedih pahit manis tawar masam segala jenis rasa were in diploma ,, 

masih mencari erti hidup , berubah sikit demi sedikit , siapa cakap berubah itu senang ,, ?? susah , sangat susah , tapi in syaa Allah akan ada balasan dan pulangan dariNya . datang dan pergi semuaNya dariNya ..  jazakaAllah . Engkau permudahkan . semoga aku terus istiqamah ,, 

hlOvate . a writer yang aku sanjungi setaip penulisan beliau . banyak yg aku belajar dari bukuNya . terlalu banyak . mentaliti pemikiran masyarakat , mujahidah , istiqamah .
setiap manusia ada kisah mereka , ada silam mereka , siapa kita yang hanya memandang nak menilai ? 
bila aku dalam keadaan macm nih , baru aku sedar , hidayah Allah manis sangat . tanpa masa lalu mungkin xakan jadi aku sekarang . setiap berlaku ada hikmah , aku menjadi lebih menghargai , tajot untuk ulang benda yang sama, dosa yang sama, takot jika Allah kekasihku jauh dari aku ,, :'( 

everything is change ! the past is past ! dan aku benci bile orang pertikai aku sekarang dengan aku yang dulu . benci bila kenang kembali dosa2 , xberpijak dibumi yang nyata ke aku ? takut dgn masa silam ? kadang2 memang masa silam yang datang menghantui dan aku kembali berserah pada pencipta . alhamdulillah diberi rasa kesal dan menyesal . ya Allah besarNya rahmatMu ini .

n sangt xsuka bila jumpe dngan kawan2 lama , yang terkejut dgn penampilan aku sekarangg ,, salah ke aku nak berubah ? xsemestinya bertudung labuh itu penuh ilmu agama didada , xsemestinya bertudung labuh litup itu alim dan terus di label ustazah . susah hidup dgn masyarakat mentaliti macam ni , dan memang dah susah nak diubah bila dosa dianggap biasa pahala dianggap luar biasa .. 

aku sendiri dah rasa semua tuh , tolong jgn judge aku terlalu baik dah disebbkan aku dah pakai tudung labuh , aku nk sampai ke tahap ini dah macam2 aku alami , ujian Allah pahit pada mulanya dan sangt manis di akhirnya ,, pandangan orang sekeliling , tapi Allah xkan menzalimi hambaNya .. hialng seorang kawan , akan datang yang lebih baik dan membimbing ke arah yang diredhai , itu janji Allah . if betol2 berubah kerana Allah segalaNya dia akan hantar pembantu , syukran ya Allah :'( 

dan disaat hadapi ujian dariNya . ingtlah Dia xkan memberi ujian jika xmmpau ditanggungi oleh hambanya ,, kerana Allah xkan zallimi kita tapi kita yang selalu menzalimi Dia .. dan disaat rasa sangt susah dan terbeban , masih ada yang diluar sana lebih berat ujian dari Nya .. in syaa Allah hati akan redha .. sesungguhNya Dia lebih mengetahu dari hambaNya .. Allahuakhbar .. cantik caturan mu untuk hidup ini . alhamdulillah .. maha suci Allah . sesungguhNya dariMu aku datang dan kepadaMua aku akan kembalikan ,

berikan aku iman yang kekal abadi , istiqamah yang kuat dan keikhlasan dalam melakukan ibadah kepadaMu ya Allah . Allahua'ini ala zikrika washukrika ,wahusni i'badatika . ameen3x

ye. hidup ini penuh dengan pilihan . nak pilih jalan yang lurus or berliku . semua atas diri sendiri dan mintak pentunjuk dari Nya . in syaa Allah . semoga dipermudahkan in fiture . ameen3x

aku xmenharapkan pujian keran pujian menjadi ujian . ujian hati . cukup menghormati apa yang aku pakai selagi iaNya diredhai Allah , bukan redha manusia 

hargai hidayah Allah ketika mengetuk pintu hati Mu .. teruskan istiqamah . in syaa Allah . Allah ada dengan ku .. 





Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Wednesday 15 May 2013

15.mei. pray 4 palestine




Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. 

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.





Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

DOA SELAMAT DUNIA AKHIRAT



"ALLAHUMMA INNA_ NAS ALUKA SALAMATAN FI_DDIYNi, 
WA 'AFIYATAN FIL JASADi, 
WAZIYA_DATAN FIL 'ILMI, 
WA BAROKATAN FIRRIZQI
WA TAUBATAN QOBLALMAWTi,
WARO'HMATAN INDALMAWTi,
WA MAGHFIROTAN BA'DALMAWTi,
ALLAHUMMA HAWWIN 'ALAYNA FI SAKARO_TILMAWTi, WANNAJATA MINANNAR, WAL'AFWA INDAL'HISAB."

"Ya Allah ya Tuhan kami, kami mohon keselamatan agama, kesehatan jasmani, bertambahnya ilmu dan berkah rizqi, dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, dan memperoleh ampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami paa gelombang sakaratul maut. Bebaskanlah kami dari azb neraka-Mu dan memperoleh ampunan ketika kami dihisab"

"ROBBANA LA TUZIGH QULU_BANA_ BA'DA IDZHADAYTANA_ WA HABLANA MILLADUNKA RO'HMATAN
'INNAKA ANTAL WAHHAB" :
"Ya Allah Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu. Karena sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah." -----

"ROBBANA A_TINA_ FIDDUNYA 'HASANAH(tan),
WAFIL AKHIROTI 'HASANAH(tan),
WAQINA ADZA_BANNA_R(i)"
"Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka." -----

Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Tuesday 14 May 2013

penawar kanser ! in syaa Allah


AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah.

Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Sunday 12 May 2013

sebelum ..........


TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .
♥ MOGA ALLAH REDHA ♥

everybody has a past
everybody lives a present
everybody deserves a future
(pray for me to istiqamah , mati dan hidupku becoz Allah)


Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Friday 5 April 2013

mimpi seorang anak perempuan !




Gadis Mimpi Bertemu Ibu Di Neraka

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya, “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:

“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini,” balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku,” Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

“Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.”

Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

surah al-kauthsar




[Rahsia Surah Al-Kauthsar]

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Sunday 31 March 2013

13 perkara !


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921) ^^

Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

wanita itu fitnah dunia ! nau'zubillah


♥ Wanita zaman sekarang lebih baik "tertutup" dari terbuka...... kerana ramai lelaki fasik di luar sana berbanding lelaki beriman yang tahu menjaga pandangan.. keluar rumah tu biar tertutup bagi SEMPURNA..
Biarpun hanya nampak 'mata' sahaja.. itu pun masih menjadi daya tarikan juga... betul lah..wanita itu terlalu besar fitnahnya.. apatah lagi wanita yang mendedahkan AURAT buat tontonan umum.. Nauzubillah...


Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Ringkas dan padat. Tetapi payah.
Payah itu perlu mujahadah.
InsyaALLAH...

Sucinya seorang wanita yang menjaga hatinya. Menjaga hatinya untuk mencari cinta ALLAH dan redha suaminya. Menjaga hati muslimin lain dari memandang kecantikannya dengan menyembunyikannya di sebalik hijab. SubhanaALLAH...

Dan yang paling penting bagi seorang wanita adalah hijab hatinya. Menghijab hatinya dari terpaut kepada fatamorgana dunia yang menyesatkan. Hijab hati itu hijab yang benar-benar menjaga wanita itu agar ikhlas di jalan ALLAH. Moga kita sama-sama mujahadah memiliki hijab itu.
Salam mujahadah sahabiahku, hijablah hati kita dengan kain taqwa dan iman. Kenang kembali akhlak dan kata-kata kita, adakah masih berbaur nafsu atau bersandar cinta ALLAH. Saya juga insan yang masih bermujahadah...

Moga Allah redha.

"sumber facebOok"



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Saturday 30 March 2013

niQabis ! in syaa Allah



Jika kau mahu berniqab...
Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Friday 29 March 2013

pleaszzz ! dont judge me ;(



Manusia tidak duduk dengan kita 24jam.
Jika dia melihat kala kita marah, tanpa pernah bersama kita kala kita bersabar, maka pemarahlah kita di matanya.
Jika dia melihat kita kala kita berhujah lantang, tanpa pernah sempat bersama kita kala kita menerima pendapat, maka keras kepalalah kita di matanya.
Namun Allah,Dia tidak tidur, tidak mengantuk. Dia bersama kita setiap masa. Sepanjang waktu. Di mana kita berada. Kala kita naik atau jatuh.
Allah Maha Tahu siapakah kita.
Maka tidak mengapa jika manusia membenci dan melabel kita. Kadangkala bersuara menjelaskan keadaan sebenar hanya tambah menyakitkan kita. Kerana mereka manusia, macam kita juga.
Tetapi jujurlah dengan Allah, di hadapan dan di belakang manusia, dari situlah kekuatan daripadaNya akan hadir, buat hamba lemah seperti kita.



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

jangan dipersoalkan !


"Ini bukan soal siapa lebih cantik dan siapa yang ketinggalan zaman,
Ini bukan soal siapa lebih hebat dan siapa yang perlu mengalah,
Ini juga bukan tentang mulianya menjadi da’i atau bagusnya menjadi ustazah,
Bicaranya juga bukan soal siapa yang bakal masuk syurga dan siapa yang bakal menempuh azab neraka.
Tidak sama sekali.
TAPI,
Dia juga sepertimu.
Pendosa yang mengharapkan rahmat dan keampunanNya,
Masih merangkak mengejar cintaNya.
Masih berusaha menjadi sebaik-baik hamba pada Allah dan berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah.
Ya.Menutup aurat tidak semestinya dia sempurna segala segi.
Menutup aurat tidak bermakna kami solehah seperti isteri nabi.
Tapi ini soal kebesaran Allah.
Segalanya tentang Pencipta dan kekasihNya.
Semoga dengan usaha menutup aurat dapat menutup pandangan hati seorang wanita dari mencintai dan dicintai dunia semata,dan semoga usaha menutup aurat ini adalah usaha ‘selangkah’ mencari dan mendekati redha Allah. =)"



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

andainya ;'(


saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis.
sebab perkara remeh temeh.
hal-hal kecik.
setelah lama mata kita kering.


barulah akhirnya kita tersedar,
kita rupanya belum cukup kuat.
hati masih rapuh,
ada ruang, ada lompong, ada kosong.
ada jarak,


dengan Tuhan.

kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka.
DIA datang, DIA tunjuk.
perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA,
maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.




"Tahukah dikau bahawa setiap kali dikau solat, Allah swt merenungmu, lalu memberitahu dengan bangga kepada para malaikat, “Lihat hamba-Ku sedang menyembah-Ku. Aku cinta dan sayang kepadanya dan Aku ampunkan dosanya"




Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Thursday 28 March 2013

y women cry


STORY -- WHY WOMEN CRY

A little boy asked his mother, "Why are you crying?"

"Because I need to" she said.

"I don't understand," he said.

His Mom just hugged him and said, "And you never will."

Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"

"All women cry for no reason," his dad answered carelessly.

The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise shaikh (scholar). "He surely knows the answer", he thought. "Ya Shaikh! Why do women cry so easily?"

The Shaikh answered: "When Allah made the woman she had to be made so special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort. He gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that comes from her children. He gave her a hardness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining. He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her very badly. He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly. And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers."

"You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

The little boy got the answer and never asked the question again.

Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

rintihanKu


da lame xdiluah ape yg dirasa ! ya Allah . besar hidayahMu , sesungguhNya aku hanya hamba yang terllau kerdil untuk meminta lebih2 han dariMu :'(

aku hanya ingin permudahkn urusanku , permudahkan ujian Mu , sesungguhNya aku rindukan ujian dariMu ya Allah :'( rindu sumpah aku rindu !!! aku rondu belaian jiwa Mu ya Allah , aku rindu Nabi aku ,, kau kuatkanlah hati aku ya Allah , tambahkan petunujuk hidayah , kekalkan imanku ,, sesungguhNya hanya engkau maha mengetahui ape yang tersirat dan tersirat :'( .. Allah .. aku bersyukur ya Allah dengan nikmat setiap jatuhan titisan air mata ini ya Allah ,, buat kan aku makin kuat untuk mencari Mu, makin kuat untuk aku mengenalMu :'( ! sesungguhNya engkau lah kekasih aku yang abadi dunia n akhirat 

berikan aku terus beristiqamah ya Allah :'( ameen3x .. 


aku ingin berniqab ya Allah . engkau berikan aku seorang adam dan aku pemilik tulang rusukNya yang mampu membawa aku ke syurga Allah Mu ya Allah , kau tabahkanlah hati aku untuk terus berjuang dijalan Mu ya Allah , aku merayu untuk mendapat seorang suami yang cerdik ilmu agamaNya, untuk aku dapatkan zuriat yang soleh dan solehah , ameen3x ya Allah! :'( 

Allah Allah Allah Allah Allah 


Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Tuesday 19 March 2013

istiqamah . in syaa Allah


10 Tips untuk terus kuat dalam penghijrahan


1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat!

Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana tuh? harus sedar diri betul2 nak berhijrah.tanam di hati. ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macamni?'' Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam (tahi ayam pun x hangat mcm tu. hihi) rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. kenapa..? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan..? :) Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya.


2)Doa senjata mukmin.

Yang ne memang takboleh tinggal. Pantang 7 keturunan mak jemah. Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jd hamba bersyukur. Allah kan dah firman...
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. ibarat Diari kita nak luah dekat Allah.


3)Sahabat yang soleh

Kenapa..? bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik or setabah wonderpet mahupun yg hebat berpoket besaq macam doremon. ckuplah dia mnunjukkan akhlak yg baik dan mebimbing kita kejalan Allah.Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?? :)



4)Tidak berkira2 atas setiap ajakan ke majlis ilmu.

Memang kita pun ada limit masa dan selalu sibuk. Student kena study, pekerja mmg kerja( umm, memanglah ==’’) Tapi jika sekadar ingin mencari masa rehat apa salahnya kita berkorban masa itu untuk mengisi jiwa. Orang yang dlm semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Excited nak mencari2 majlis ilmu dlm masa2 terdekat. Abang senior kbm saya pernah kata Kalau Taman2 Syurga di dunia pun kita xsudi pergi,(majlis ilmu) kenapa berangan2 untuk pergi ke Taman2 Syurga di akhirat nanti? Muhasabah. Kerana pada masa itu perasaan kehausan ilmu itu membuak2 mengalahkan badai ombak rindu eron ajis. Masa nie lah untuk bagi kaw2 lagi suasana, cari suntikan semangat, cari ilmu n info semasa. Ini masa terbaik! So bila orang ajak dia akan terus Tanya bila? Dimana? Fees? Baru cek2 free x masa tu. Bukannya *umm, tengoklah dulu..’’ n diteruskan dengan alasan2 lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Mgkin factor segan, x biasa, x berani, dan sebagainya. Tapi apa yang pasti, keterujaan thadap sesuatu benda mengatasi segala factor yg boleh menghalang. Hoh :p


5) Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara!

Ada yang pernah mengadu dan meluahkan rasa hati.. “ana tidak punya sahabat soleh untuk bantu ana..ana hanya bergantung kepada internet, facebook.’’ Respon saya.. Ouh. Itu sebenarnya cukup bagus sahabat! Itu cara Allah mendidik kita tanpa kita sedar. Itu suasana yang Allah nak bagi. Mungkin Allah sengaja nak bagi kita tercari2 menyelusup ke lubang2 cacing sekalipun, menggali2 sampai keletihan. Kerana Allah nak bg kita rasa betapa manisnya beroleh ilmu, betapa manisnya rasa berjuang mencari tarbiyah dan dianggap asing. Kan Rasul kita pernah kata ‘’Islam datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah org2 yang asing’’. Cari2 suasana dalam apa jua cara. Kalo dulu suka dengar korea apa kata tukaq dengar lagu nasyid mencari2 semangat dan pengajaran dalam tu. Cari suasana. Kalo dulu facebook asyik ckp sal nak makan kat kfc, dan update hari nie aku saket, bubuh gambar muka pilih yg paling nmpak fotogenik ngan caption 'no edit',buka laman lain tengok 9gag je memanjang cr ilham nk troll org apakata p skodeng fanpage dakwah. Sana banyak je tarbiyah santai. Subscribe banyak2, so home anda xlah penuh ngan benda2 mngarot.nie asyik2 update p keyell, asyik2 update nk p keyell :P

6) Banyakkan bacaan2 ilmiah

Yang nie penting. Kenapa..? sbb awal Rasulullah s.a.w terima wahyu, Jibrail kata ‘’bacalah..’’ tengok, diawal penerimaan Islam pun nabi dh kena suh mmbaca. Takkan kita nie umat x maksum xnak baca pulak? Rajin2 kan lah tangan beli buku Tarbiyah. Kalo nak save duet pun leh jenguk2 belog orang. Dunia hujung jari Allah bagi kemudahan..,tinggal nak guna cara betol or x. Awal kunci ilmu adalah baca.. jangan lupa ye cikebom-cikebom.kalau ye pun tengah semangat nak beribadah kena cek jugak. Amal yang tiada ilmu adalah kosong. So dr ilmu kita leh tahu hikmah sesuatu ibadah. Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Cari jawapannya dlm pembacaan ilmiah

7) Tidak bertangguh

Yang niee raaaaaamai spesies manusia di bumi terlepas pandang. Bila malamnya dh menangis2 nak taubat dan berubah, esoknya hidup dlm cara yang sama jugak. Kenapa? Sebab BERTANGGUH. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Kalo nak berubah azam kena kuat, azam yang kuat takkan bertangguh. Hari nie taubat nak tutup aurat, esoknya patutnya dh start cari tudung nak test2 pakai. Baru berubah perlahan2 lengkapkan yang lain. Ingat, syaitan x pernah bertangguh untuk hasut kita berkali2 untuk lupakan niat kita.syaitan x pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri anda dh suci menangis airmata taubat, jangan bagi syaitan masuk line n buat macam tempat nie bapak dia punye.Ayuh lawan, hati kena kuat! go2!
Silapnya kita bila kita fikir masa kita masih muda, umur kita masih mentah, Kompiden bebeno Allah bg kita hidup sampai tua..Lupakah kita..? ALLAH TAK PERNAH BAGI STATEMENT: ORANG MUDA TAKKAN MATI.

8) Belajar dan mengajar

Bila kita dah semangat nak cari tarbiyah n suasana berhijrah. Sudah tentu perasaan untuk berkongsi perasaan yang sama kepada org lain itu ada. Ini peluang untuk mula taaruf dengan dakwah. Bila sudah belajar, adalah kebiasaan untuk mengajarkannya semula kepada org yang memerlukan sentuhan jiwa.Ini masa untuk kumpul saham pahala ilmu yang leh bawak masuk kubur x putus2. Once kita dah mengajar sesuatu ilmu, kita automatic akan teringin mengamalkan apa yg disampaikan dr lisan kita sdri. Disini juga kita leh bertemu manisnya berdakwah itu. Berjinak2 dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat, semangat dan semangat! Oyeh!

9) Tidak terlalu berpegang ngan statement ‘’Aku taknak jadi jahil..macam kawan2 aku..’’

Okay, kalo benar pun kita nampak betapa teruknya cara hidup kawan kita nie, adalah begitu tidak nice sgt untuk mengatakan balik2 statement ‘’kawan aku jahat..aku nak jadi baik..’’ kenapa..? sebab penghijrahan kita bukannya untuk sesiapa melainkan dia, Hai sahabat. yakinkah kita once kita dh terhijrah syurga tu komfom 100% kita akan dpt..? Dia yang memegang hati2 kita lebih tahu siapa yg terus diberi hidayah dan tidak. So baik ke, buruk ke, hakim tu adalah Dia.Kita nie sebagai hamba berjuang, bukannya menghakimi. Menegaskan konsep ini berkali2 dalam hati anda, takut syaitan cucuk2 kita jadi ujub. Apa tu ujub? Merasa diri LEBIH baik dari org lain.Rasa itu boleh merosakkan amal2 kita, niat suci kita. Ingat, iman manusia nie naik turun.kadang2 atas, kadang2 bawah. Kerja kita adalah mendoakan diri sendiri dan sahabat2 kita.Kita x tahu esok, siapa sangka kwn kita tu lg better dr kita..?


10) ISTIQAMAH

Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Dah tidak lagu didalam suasana beragama, dh tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya mncari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama,Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apaguna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada ssuatu yg diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free dtg bergolek bro :)



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

HAWAKU ! TUTUPLAH AURATMU !


AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI.

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat
Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur :31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah /membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami mendorong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah