Monday, 18 March 2013

kelebihan ayat kursi


ok . share kelebihan ayat AYAT KURSI .. :)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatanayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
creadit to shafiqolbu


Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Saturday, 16 March 2013

niqab

perempuan berniqab , aku ingin menjadi salah seorang dari mereka . Allahurabbi . betol , muka adalah bukan aurat , tapi perlu ke perempuan berniqab ditasfirkan obses dengan agama ???? salah fakta tuh ! kami obses dengan SYURGA ALLAH !!!! Allahurabbi ;(
aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang , ujian sedikit yang aku rasakan dapat aku tempuhi dengan dipermudahkan oleh Allah . alhamdulillah ya Allah . 
semoga terus dikekalkan dengan perubahan ini . 
aku ada kenal dengan seorang 'umi' di laman mukabuku . aku yang add dia sebb aku tgok dia punye DP berniqab , tergerak hati aku untuk add dia , alhamdulillah , ukhuwah kami jalinkan seperti seorang ibu dan anak . aku banyak tanye umi dan beliau nasihat aku , aku syukur sangt2 ya Allah KAU buka kan pintu hati aku ketika aku masih muda , muda xsemestinya MATI tua , ntah bile ajal aku , esok n time cam gini pom aku boleh dipanggil OlehNya . taubatlah sebelum terlambat .. :'( ase cam dah xsempat , takOt dengan hukuman dosa2 yang lepas , :'( Allahurabbi 
aku banyak mengadu dekat blog disamping beribadat pada Allah , betOl xperlu menunjuk2 berbuat baik berubah bagai ,,ya Allah lindungi lah aku dari perasaan riak dan takbur dan lalai dengan setiap pujian didunia yang fana ini :'(  ,, buat smentara di private sehingga aku betol2 boleh ubah diri ku,, IMAN boleh bertambah dn berkurang , slalu lah beristiqamah , dan sentiasa basah kan lidah dgn nama Allah dan rasulullah .. in syaa Allah .. 
"auratku untuk suamiku"
classmate aku shima selalu cakap cam gini , :) yeah , aurat seorang isteri untuk suaminya , buat ape suami awal2 dulu bayar mahar punyelah mahal tapi semuanya dah dilihat org dengn percuma .. kesian kt suami kite , masih ada masa lagi nak bertaubat , taubat Allah tidak pernah tertutup n tidak pernah xda masa ... UAI ada cerita dalam ceramahnya , Iman ape ntah aku lupa , beliau mendapat hidayah Allah ketika umur beliau 80 tahun xsilap aku , dan beliau meninggal ketika umur 160 tahun ,, Alhamdulillah Allah panjangkan umur beliau untuk terus bertaubat pada Allah sehingga Ajal beliau .. n UAI say again : jika seorang perempuan ada niat untuk berubah menutup aurat denagn sempurna , jangan lengah2kan , tapi jika rasa xmampu , maka kahwini lah lelaki yang dapat membimbing anda ke syurga Allah : mudahkan ISLAM :) 
sesungguhNya status suami untuk mendidik isteri dan keturunanNya . jika baik isterinya maka baiklah keturunanMu .. waAllahulam 
berniqab bukan lah satu seksaan bagi perempuan , tapi kemualiaan disisi Allah , 
seorang perempuan yang mempunyai wajah yang cantik adalah ujian bagi mereka , wajah cantik mudah mendapat fitnah, menjaga anugerah Allah bukan senang jika iman setipis kulit bawang , Allahurabbi , muliaNya seorang wanita berpurdah , menjaga akhlak dan pergaulannya . Allah , teringin sngt untuk menjadi salah satu dari mereka .. mampukah aku ya Allah :'(
in syaa Allah dipermudahkan segala urusan aku hari ini . ameen

Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Friday, 15 March 2013

fahaman politik !


apa pandangan korang bile umur cam aku bercakap pasal politik n amik tahu pasal politik ? adakah salah ? haram ke ? hurmm . nk meletakkn hukum aku xmmpu , aku xtahu haram ke tidak org cam aku nk cakap sal politik . 
ok tarik nafas* 
PRU13 tipulah korang xtahu kan , pada yg amik tahu lah , agipun aku dikelilingi kawan sebaya yang tidk minat berpolitik n cakap sal politik n amek tahu pasal politik , mybe ada tapi setakat fahaman sendiri n mybe degr sebelah pihak . malaysia negara demOkrasi. so ada 2 belah pihak lah kan , pembankang dan kerajaan . 

so siapa yg memilih , kite as a rakyat lah kene pilih siapa pemimpin kite , negara kite . nak cari yang macm mne ? yang berharta? berilmu agama dunia akhirat ? or yang 1 malaysia ? or 1 islam ? 
hurmm . atas diri masing2 untuk menilai . 

dan yang aku nasihatkan jgn dgr sebelah pihak , bagai aku ahli2 politik mybe 1/3 or 2/3 yang memg jenis ada kepentingan dalam politik n gilakan jawatan nih contohnya jadi ahli politik kompem2 KAYA RAYA kan, dikenali n yang pasti mesti mendapat kepercayaan oleh rakyat . xda orang nak galas tanggungjwab jadi pemimpin jika sesorang tuh xda NIAT , sesungguhnya semua kerja dimulakan dgn NIAT right ? hurmm , dan pendapat aku. yang pasti ISLAM xkan ada kepentingan malahan kelebihan . 

dunia Politik penuh dengan fitnah ! kite sebagai pengundi perlu bijak , baca n cari fakta . xsusah pom . search internet penuh dgn isu politik malaysia . 

jangan satu hari nanti , harapkan pagar , pagar makan padi , kite rakyat, kite ada hak kite , Allah maha mengetahui mana yang baik mana buruk . jalankan hukum Allah , insyaAllah negara demokrasi ini aman damai , maksiat dapat dibendung . hukum Allah xsusah , tapi manusia sndiri suka menyusahkan ! hurm . 

aku dididik dari kecik dgn persekitaran politik , fahaman politik , n jgn salah paham , my 'abah' bukan seorang ahli parlimen or ahli politik , sekadar rakyat yang wajib mengundi siapa pemimpin kite . bagi aku abah aku hero aku n aku memg like father like son , heee ,, mak n akak aku sellu ckp pngai aku banyak ikot abah ,, mybe sebb abah ank ke3 n aku pom ank3 , senang berkongsi ,senang bercerita , xsemestinya jadi anak abah xjadi anak mak , ada sedikit somtink yang dicerita pada mak dulu n ada banyak somtink yang diceritakan pada abah dulu , heeeee 

yang pasti kami menyOkong kepimpinan yanga adil , ikut cara islam , jalankan hukum Allah . in syaa Allah malaysia menjadi sebuah negara islam yang maju . xmustahil bile agama Allah Islam menjadi pegangan hidup :')



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah