Saturday, 30 March 2013

niQabis ! in syaa Allah



Jika kau mahu berniqab...
Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

Friday, 29 March 2013

pleaszzz ! dont judge me ;(



Manusia tidak duduk dengan kita 24jam.
Jika dia melihat kala kita marah, tanpa pernah bersama kita kala kita bersabar, maka pemarahlah kita di matanya.
Jika dia melihat kita kala kita berhujah lantang, tanpa pernah sempat bersama kita kala kita menerima pendapat, maka keras kepalalah kita di matanya.
Namun Allah,Dia tidak tidur, tidak mengantuk. Dia bersama kita setiap masa. Sepanjang waktu. Di mana kita berada. Kala kita naik atau jatuh.
Allah Maha Tahu siapakah kita.
Maka tidak mengapa jika manusia membenci dan melabel kita. Kadangkala bersuara menjelaskan keadaan sebenar hanya tambah menyakitkan kita. Kerana mereka manusia, macam kita juga.
Tetapi jujurlah dengan Allah, di hadapan dan di belakang manusia, dari situlah kekuatan daripadaNya akan hadir, buat hamba lemah seperti kita.



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah

jangan dipersoalkan !


"Ini bukan soal siapa lebih cantik dan siapa yang ketinggalan zaman,
Ini bukan soal siapa lebih hebat dan siapa yang perlu mengalah,
Ini juga bukan tentang mulianya menjadi da’i atau bagusnya menjadi ustazah,
Bicaranya juga bukan soal siapa yang bakal masuk syurga dan siapa yang bakal menempuh azab neraka.
Tidak sama sekali.
TAPI,
Dia juga sepertimu.
Pendosa yang mengharapkan rahmat dan keampunanNya,
Masih merangkak mengejar cintaNya.
Masih berusaha menjadi sebaik-baik hamba pada Allah dan berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah.
Ya.Menutup aurat tidak semestinya dia sempurna segala segi.
Menutup aurat tidak bermakna kami solehah seperti isteri nabi.
Tapi ini soal kebesaran Allah.
Segalanya tentang Pencipta dan kekasihNya.
Semoga dengan usaha menutup aurat dapat menutup pandangan hati seorang wanita dari mencintai dan dicintai dunia semata,dan semoga usaha menutup aurat ini adalah usaha ‘selangkah’ mencari dan mendekati redha Allah. =)"



Allah tuhanku,Muhammad rasulku,Islam agamaKu.sesungguhNya yang baik itu datang dari Allah.Hidup dan matiku kerana Allah