saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis.
sebab perkara remeh temeh.
hal-hal kecik.
setelah lama mata kita kering.
barulah akhirnya kita tersedar,
kita rupanya belum cukup kuat.
hati masih rapuh,
ada ruang, ada lompong, ada kosong.
ada jarak,
dengan Tuhan.
kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka.
DIA datang, DIA tunjuk.
perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA,
maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.
"Tahukah dikau bahawa setiap kali dikau solat, Allah swt merenungmu, lalu memberitahu dengan bangga kepada para malaikat, “Lihat hamba-Ku sedang menyembah-Ku. Aku cinta dan sayang kepadanya dan Aku ampunkan dosanya"
No comments:
Post a Comment